BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

cayang mak...

cayang mak...

Warna Kasih Buat Ibuku.....

Ibu,
Disebalik gelaran itu...Tersimpan suatu rahsiaYang masih kurang dirungkai oleh anakmu

Ibu,
Izinkanlah aku bercerita tentangSuka duka bersamamu...Terlalu banyak kisah-kisah yangTelah kulalui bersamamu.

Ibu..
segala-galanya tidak akan luput dariIngatanku sama sekali...

Ibu..
kau begitu istimewaSegala jasa dan pengorbananmuAkan kukenangSepanjang hayatku...

Ibu..
Tidak ternilai kasih sayang mumendidik dan menjagakuAgar aku menjadi insan yang bijak dan berguna...

Ibu..
Aku bersyukur ke hadrat Ilahikerana aku telah dipertemukandengan insansepertimu...Kaulah insan yang bergelar ibu..Kau juga yang ku anggap sebagai sumber inspirasiku.

Ibu..
Aku berjanji pada dirikuUntuk menunaikan tanggungjawabkuUntuk membalas budi dan jasamuAgar kau senang dan gembira.

Ibu..
Ampunkan segala dosa yang telah ku lakukan padamu..

Wahai ibuku...

Perjalanan kehidupanku....

Suatu masa dulu...
Hamba Mu ini hanyut dalam arus kehidupan.. Begitu sibuk mengejar impian.. Dengan harapan mendapat penghormatan dan kemewahan..

Dunia yang fana ini menjadi matlamatku..
Cinta berteraskan nafsu menjadi buruanku.. Perihal akhiratku tiada ku endahkan, Perintah dan larangan Mu tidak ku hiraukan.. Azab dan seksaan Mu tidak ku risaukan.. Syurga dan neraka tidak ku fikirkan…

Sehinggalah pada suatu hari… Engkau menguji ku dengan kegagalan.. Yang memusnahkan segala harapan.. Menjadikan hamba Mu ini bergelut dengan kesedihan…

Ya Rahman…
Di saat itu sangat sukar bagi ku menerima kenyataan, Ku bertanya di mana kesilapan dan kesalahan.. Hingga ku persoalkan apa yang telah Engkau takdirkan.. Ku menjerit di mana keadilan dan belas kasihan Mu oh Tuhan!

Dan kini...
Barulah ku sedari.. Pada kegagalan yang ku anggap suatu ketidakadilan itu..Terselit nikmat kasih sayang Mu ya Rahim.. Kerana melalui kegagalan itulah aku mula mengenali Mu..Disebabkan kegagalan itulah aku menyedari bahawa Dunia tidak patut dijadikan matlamat.. Cinta berlandaskan nafsu tidak patut dijadikan buruan..Lantas aku berpaling darinya dan berlari ke arah cinta Mu.. Hanya keredhaan Mu sahajalah yang ingin ku raih kini...

Ya 'Azim...
Inginku luahkan kesyukuranku kepada Mu.. Kerana di antara berjuta manusia.. Engkau telah sudi memilih diriku yang hina dina ini, untuk menerima taufiq dan hidayah dari Mu dan menghijrahkan diriku dari alam jahiliyah ke alam uluhiyyah dan ubudiyyah...

Ya Allah...
Aku amat berterima kasih kepada Mu Kerana Engkau tidak pernah membiarkan diriku terus tersesat Dalam kehidupan yang serba sementara ini.. Meskipun ketika itu aku sering terlalai dari mengingati Mu...

Memang tidak dapat dinafikan lagi..
Bahawa sesunggungnya Engkau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang…

Ya 'Aziz…
Izinkanlah aku untuk terus berada di dalam jalan Mu ini untuk selama-lamanya, Janganlah Engkau kembalikan aku ke lorong gelap yang membawa kepada kesesatan.. Ampunkanlah kejahilan dan kelalaianku selama ini.. Pimpin dan bimbinglah hamba Mu yang lemah ini ke arah cinta Mu..

Ku mohon agar Engkau teguhkanlah tugu keimanan ku..
Benarkanlah aku untuk merasai halawatul iman.. Anugerahkanlah kepada ku kekuatan dan kesabaran..Pekakkanlah telinga ku dari sebarang sindiran dan ejekan, Kebalkanlah jasadku dari segala kesakitan.. Dalam menjalankan amanah yang Engkau pikulkan di bahu ku…

Ya Khaliq...
Jadikanlah setiap hembusan nafasku, Setiap kelipan mataku.. Setiap degupan jantungku.. Setiap helaian rambutku, Setiap bait perkataanku.. Setiap hayunan tanganku.. Setiap langkah kakiku Dan setiap titisan darahku..Hanyalah untuk Mu…

Sebelum tiba ajalku..
Ingin ku merayu kepada Mu..Bukakanlah pintu hati insan di sekelilingku, untuk mengampuni dosa-dosaku terhadap diri mereka.. Lancarkanlah lidahku untuk menjawab soalan malaikat utusanMu.. Luaskanlah dan terangilah tempat pembaringanku.. Meriahkanlah pusaraku dengan ayat-ayat suci Mu.. Permudahkanlah perjalanan ku di alam seterusnya...

Curahkanlah redha Mu terhadapku sepanjang hayatku
Dan izinkanlah aku untuk mengadapmu Di dalam Jannah yang serba indah...

Dan esok, Andainya aku tidak bernafas lagi,
Sampaikanlah ucapan selamat tinggalku kepada insan yang ku sayangi... Bimbinglah mereka sepertimana Engkau telah sudi membimbing diri ini, Agar dapat ku bertemu dengan mereka lagi.. Di pertemuan yang hakiki,Di dalam syurga yang kekal abadi...

Mengintai redha ilahi....

Aku insan biasa... HambaNya yang tak luput dari dosa... Hidupku sentiasa dikelilingi dengan kejahilan.. Duniaku penuh dengan keseronokan.. Permulaan hidupku singgah di rahim bonda.. Sebelum aku dijejakkan ke dunia..Banyak kelalaian yang aku temui di dunia.. Banyak juga berlaku dusta dan aniaya di dalamnya.. Kelalaian menyebabkan aku lupa padaNya.. Keseronokan hidup menjadikan aku seorang hamba yang alpa Sehingga apabila musibah melanda diri ini ..Barulah aku tersedar dari buaian mimpi palsu duniawi.. Selama ini, aku leka dari mengingatiNya... Aku abaikan tanggungjawab ku sebagai seorang hamba... Aku terlalu taksub dan cinta akan dunia... Sehingga melupakan hari akhirat yang bakal menjelma Dosa dan noda telah menggelapkan hati ...Hanya pintu taubat sebagai penyembuh nurani ..Hidayah itu pemberian ILLAHI... Mati itu suatu yang amat pasti... Kini, aku insaf akan kejahilan diri ini... Aku bertaubat pada Yang Maha Esa... Aku ingin kembali ke pangkal jalan ILLAHI Jalan kebenaran yang membawa aku pada keredhaanNya... Aku tak mahu lagi hidupku berlumuran dengan dosa... Aku tahu, aku tak layak untuk ke syurgaMu... Tetapi aku tak sanggup hendak menanggung seksa api neraka... Ampunkanlah dosa-dosaku Masih adakah lagi secebis rahmat ILLAHI buat diri ini?? Masih adakah lagi ruang untuk aku mengintai redha ILLAHI?? Sesungguhnya hidupku ini takkan bererti dan bermakna... Tanpa redha daripada Tuhan Yang Maha Kuasa ,Terimalah taubatku ya Tawwab..Ampunkanlah dosa-dosaku, ya Ghafur..Redhailah kehidupanku ya Allah..Semoga hidup dan matiku hanya untukMu..

kasihku pada Ramadhan...

Ramadhan yang penuh makrifatRamadhan... ditunggu-tunggu...
kembali menjengah hati setiap Muslim..
memekarkan keberkatan dan kebesaran..
Yang Maha Kuasa..
Ramadhan yang menyejukkan hatiku..
yang melembutkan kerasku..
yang mendamaikan gelodak rasaku..
yang menghilangkan amarahku ..
yang menghadiahkan penghargaankubuat insan-insan tersayang..
yang menambahkan cinta kasihku pada
Yang SatuRamadhansyarul Syiam
berikan aku kekuatan akal, fizikal, hati dan iman jauhkan aku daripada perkara yang dikeji yang mengurangkan keberkatanya Mutakkabir Ramadhansyarul Qiyammalam-malammu malam terindah dalam hidupmalam-malam yg penuh ibadahmalam-malam yang penuh berkatlalu,haruskah aku membiarkan malam-malammu berlalu sepi tanpa sujud syukurku pada Ar-RahmanAr-RahimRamadhansyarul Quranbait-baitmu adalah puisi agungyang menyuntik penawar terbaik buat hati dan jiwakupatah perkataanmu adalah keajaibanadalah mukjizat dengan nikmat yang tertinggiyang menjadi pegangankupenunjuk arah dalam langkah perjalanankuyang menyalurkan kasih suciku buat Yang Maha AgungRamadhansyarul Tarbiyahhari-harimu adalah satu didikan buatkuyang menundukkan egokuyang menghilangkan rasa dendamkuyang menjernihkan segala keruh dihatikuyang memupuk keinginanku menghayati sifat kekasih Allah yang mulia disisi-NyaRamadhansyarul Jihadpada setiap langkahkusetiap degup nafaskusetiap denyut nadikusetiap detik ingatankuIslamadalah matahari bagi hatikubulan bagi jiwakubintang bagi matakuRamadhanperjuanganku menggapai solehah baru bermulapertemukan aku pada ketibaan-ketibaanmu yang akan datangrasa rindu dan kasih ini akan selalu mengiringiku sepanjang waktu selama mana nafas masih menjadi milikkuYA ALLAHsesungguhnya Engkau tahu setiap bait puisi hatiku

No posts.
No posts.